Mengenai PSS SMKPB
Sejarah PSS
Pusat Sumber Sekolah SMK Pak Badol diwujudkan pada tanggal 01hb. Januari, 1965 serentak dengan penubuhan SMK Pak Badol (Sek. Men. Keb. Pak Badol waktu itu). PSS SMK Pak Badol ditempatkan di bangunan Blok B. Menjelang 2001 PSS SMK Pak Badol dipindahkan ke bangunan baru yang dikenali sebagai Blok Baru A sehinggalah kini.
Sekapur Sireh
Orang hulu menanam padi
Orang Kuala mengail ikan
Guru bestari, pelajar jauhari
Melestari falsafah aspirasi watan
Melur cempaka idaman suri
Harum mewangi merentas selat,
Melakar cita menjana visi
Memartabat ilmu Negara berdaulat
Tanah serendah sekebun bunga
Demi nian dipayungi ratu
Perkasa jiwa teguh bangsa
Generasi wawasan dilimpahi restu
Sirih pinang sirih junjung
Arak bersama tepak suasa
PSS ceria mengamit pengunjung
Khazanah ilmu manfaat bersama.
Visi & Misi
VISI PSS
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah SMK Pak Badol sebagai pusat sumber maklumat dan pusat aktiviti pendidikan.
MISI PSS
Pusat Sumber Sekolah Pembentuk Budaya Ilmu Warga Sekolah
Matlamat & Objektif
MATLAMAT PSS
Ø Mempertingkatkan mutu pendidikan sekolah
Ø Menyediakan dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran
Ø Melahirkan murid yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membina sahsiah diri.
Ø Membantu pelaksanaan perancangan tahunan sekolah kearah sekolah cemerlang
OBJEKTIF PSS
Ø Menjadikan pusat sumber penggerak aktiviti panitia dan persatuan
Ø Mengumpul. Menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat
Ø Menyediakan prasarana pendidikan untuk guru dan murid
Ø Menggerakkan projek NILAM sebagai nadi kecemerlangan akademik
Ø Menyediakan pelbagai jenis bahan rujukan guru dan murid